Satu lokaliti di Pahang dikenakan PKPD

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKDP) bermula Sabtu ini sehingga 19 November depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti yang terlibat ialah Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis

Iklan
Iklan

"PKPD di lokaliti terbabit dilaksanakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Dalam kenyataan sama, MKN melaporkan bahawa tiada lokaliti dilanjutkan dan ditamatkan PKPD.

Iklan