CovidNow: 95.7 Peratus populasi dewasa lengkap divaksin
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 22,393,720 individu atau 95.7 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, sejumlah 22,885,170 individu atau 97.8 peratus pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.