Upacara penghormatan terakhir Masing sehingga 2 petang hari ini

Iklan
Abang Johari menghadiri upacara penghormatan terakhir buat mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing pada upacara yang diadakan di Association of Churches in Sarawak (ACS), Jalan Stampin, pada Rabu. - Foto Bernama

KUCHING - Upacara penghormatan terakhir terhadap jasad Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing di Association of Churches in Sarawak (ACS) di Jalan Stampin di sini akan berlangsung sehingga jam 2 petang, hari ini (Rabu).

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, upacara yang bermula jam 9 pagi tadi, dihadiri Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, menteri-menteri Kabinet dan keluarga terdekat mendiang.

Iklan
Iklan

Selain dif-dif kenamaan dan ketua-ketua jabatan, orang awam juga turut berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

"Jasad Masing dijadual akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Kuching untuk upacara pengebumian selepas, selesai upacara penghormatan terakhir pada jam 2 petang,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya, Kuching pada 7.05 pagi pada Ahad. Beliau berusia 72 tahun.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak pada September selepas disahkan positif Covid-19 dan kemudian dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan. -Bernama

Iklan