Prestasi PMI pacu ringgit mengukuh berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa.
RINGGIT mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis dalam pasaran susulan prestasi Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia bagi Oktober 2021 yang meningkat kepada 52.2 berbanding 48.1 pada September.
Pada 6 petang ini, ringgit mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS kepada 4.1480/1495 daripada 4.1500/1530 pada akhir urus niaga pada Isnin.
Iklan
Iklan
Menurut Ambank Research, dolar AS dijangka lemah menjelang mesyuarat dasar bank pusat negara itu, Rizab Persekutuan (Fed) selama dua hari bermula hari ini.
"Oleh itu, kami mengunjurkan ringgit mencecah paras dalam jajaran 4.1376 hingga 4.1533 berbanding dolar AS,” katanya dalam nota penyelidikan.
Iklan
Dalam pada itu, ringgit susut berbanding kelompok mata wang utama kecuali pound Britain.
Ia susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0781/0796 daripada 3.0748/0772 pada akhir Isnin dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6543/6556 daripada 3.6327/6356.
Iklan
Ringgit juga susut berbanding euro kepada 4.8104/8122 daripada 4.7999/8034 pada Isnin namun terus mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6587/6607 daripada 5.6685/6726, sebelum ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>