MELAKA United membuktikan skuad Hang Tuah itu berada pada tahap terbaik untuk mencipta kejutan pada saingan Piala Malaysia apabila bangkit mengikat Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu yang mengesahkan slot ke suku akhir selepas menewaskan lawan sama 2-1 pada pertemuan di Stadium Hang Jebat sebelum ini terlebih dulu ketinggalan hasil jaringan dari luar kotak penalti Yuki Tanigawa pada minit ke-22' sebelum Sony Norde menyamakan kedudukan di minit ke-25'.