LZS buka permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi

Iklan
Info grafik Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi secara dalam talian kepada pelajar asnaf fakir, miskin dan mualaf.

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi secara dalam talian kepada pelajar asnaf fakir, miskin dan mualaf.

LZS dalam kenyataannya memaklumkan, permohonan itu dibuka kepada penuntut IPT awam dan swasta selain institut latihan kemahiran awam (ILKA) dan swasta (ILKS).

Iklan
Iklan

"Bagi memudahkan perjalanan dalam menimba ilmu, kami telah membuka permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (IPTA, ILKA, IPTS dan ILKS) kepada penuntut yang layak," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, menerusi info grafik LZS memaklumkan, pemohon yang layak akan menerima biasiswa yuran pengajian, persediaan masuk ke IPT dan bantuan keperluan pendidikan meliputi wang saku, penginapan dan elaun buku.

Iklan

Bagi institusi swasta, permohonan terbuka kepada penuntut baharu Tahun 1 sesi 2021 (IPTS) sementara Tahap 1 atau 2 bagi ILKS.

Maklumat dan senarai penuh panel pusat pengajian boleh didapati dengan melayari laman web https://pendidikan.zakatselangor.com.my.

Iklan