PKPD di Taman Amalina Lestari, Raub mulai Rabu ini

Iklan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Taman Amalina Lestari, Mukim Gali di Raub, Pahang bermula Rabu ini hingga 16 November.Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Taman Amalina Lestari, Mukim Gali di Raub, Pahang bermula Rabu ini hingga 16 November.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Iklan
Iklan

"SOP (prosedur operasi standard) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan PKPD di perkampungan orang asli POS Betau, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang dilanjutkan sehingga 16 November. - Bernama

Iklan
Iklan