Milo rai golongan pekerja kembali ke pejabat
Iklan
Fadhly (kanan) bersama kru perkhidmatan van Milo di pekarangan Kompleks Karangkraf pada Isnin.
SHAH ALAM - Milo melalui inisiatif #BalikOfisMinumMilo mengaktifkan semula perkhidmatan van Milo dan memberi air percuma bagi meraikan golongan pekerja yang masuk bekerja semula dalam fasa baharu Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Pengurus Jenama, Unit Perniagaan Milo Nestlé (Malaysia) Berhad, Fadhly Indra berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan berikutan masyarakat memerlukan banyak tenaga dalam membiasakan diri semula dengan rutin di pejabat.
Iklan
Iklan
"Jadi setelah setahun setengah kita berada di rumah, apabila kita masuk ke pejabat, kegunaan tenaga untuk bekerja meningkat jadi kami sebagai jenama Milo ingin membekalkan tenaga melalui produk-produk kami dan tenaga ini penuh dengan nutrisi yang diperbuat daripada susu, malt, koko dan sebagainya,” katanya pada pelancaran perkhidmatan van Milo di pekarangan Kompleks Karangkraf pada Isnin.
Mengulas lanjut, Fadhly berkata, program tersebut turut dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Iklan
Menurutnya, kaedah pematuhan SOP itu adalah elemen baharu yang perlu dipraktikkan namun, pihaknya memastikan agar program berkenaan dapat diteruskan di samping mematuhi peraturan penjarakan sosial dan SOP yang ditetapkan.
Fadhly Indra
"Pada permulaan, inisiatif ini kami jalankan untuk rakan-rakan media dahulu. Ini akan membantu bagi melihat semula cara operasi kami dan kondisi dalam norma baharu.
Iklan
"Mungkin pada masa hadapan, ia dapat membantu kami mengorak langkah untuk mengaktifkan perkhidmatan van Milo di tempat-tempat yang lain," katanya.
Dalam pada itu, ujarnya, kebaikan khasiat Milo yang diperbuat daripada gabungan nutrisi, vitamin dan mineral penting sesuai diambil pada bila-bila masa khususnya ketika sarapan pagi atau minuman petang untuk kekal bertenaga di tempat kerja.
"Pertama sekali, apa yang kami ingin sampaikan adalah sarapan sangat penting dan kami mempunyai produk-produk yang dapat membantu mereka yang ingin mengambil sarapan tetapi tergesa-gesa untuk pergi ke ofis.
"Kedua, dengan produk berkenaan juga boleh membantu ketika berasa lapar pada waktu tengah hari dan mengantuk selepas ‘meeting’ (mesyuarat) atau makan tengah hari.
"Mereka memerlukan tenaga untuk bangkit semula dan bekerja sampai ke petang,” ujarnya.
Menurut Fadhly, manfaat Milo melalui rangkaian Milo Mixes didatangkan dengan empat variasi peket supaya lebih mudah dinikmati di pejabat pada bila-bila masa.
Jelasnya, antara empat peket yang disyorkan itu merangkumi ‘Milo 3 in 1’, ‘Milo Stik Pek’, ‘Milo With Whole Grain Cereal’, dan ‘Milo Less Sugar’.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>