Tarik empat bekas ADUN: Rafizi tempelak Mat Sabu
Iklan
Rafizi
SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menempelak Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang mahu menarik empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyertai Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.
Rafizi berkata, Mohamad dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari antara individu yang bersungguh-sungguh untuk menarik keempat-empat ADUN tersebut menyertai PH selain beberapa pimpinan PKR.
Iklan
Iklan
"Yang berkeras nak ambil katak-katak untuk PRN Melaka, selain dua atau tiga kerat pimpinan PKR adalah Mat Sabu dan Adly dari Amanah.
"Alasannya bagi lonjakan seperti (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) konon bagi lonjakan semasa PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14)," katanya dalam satu ciapan menerusi Twitter beliau pada Isnin.
Iklan
Rafizi juga mahu Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak hanya berani bersuara dalam mesyuarat PH sahaja.
"Yang kena maki dan jawab (adalah) @anwaribrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Mat Sabu tolong jawab sekali, jangan bising mesyuarat PH saja," katanya.
Iklan
Reaksi Rafizi itu dipercayai mengulas mengenai pendirian PH untuk menerima bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; bekas ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan pada PRN Melaka nanti.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>