Messi mahu kembali ke Barcelona selepas bersara

Iklan
Messi tampil dua gol ketika membantu PSG mengatasi RB Leipzig, 3-2 di Paris. - Foto Champion League

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi mahu kembali ke pangkuan kelab lamanya Barcelona sebagai setiausaha teknikal selepas menggantungkan butnya satu hari nanti.

Bintang Argentina itu menyatakan hasratnya untuk menjadi sebahagian daripada pengurusan kanan kelab pada masa hadapan dan mengulangi rasa sayangnya terhadap Blaugrana hanya beberapa bulan selepas berpisah dengan Catalan.

Iklan
Iklan

"Ya, saya selalu berkata bahawa saya ingin kembali untuk membantu kelab dalam apa cara sekali pun.

"Saya mahu menjadi seorang yang berguna supaya kelab dapat diuruskan dengan baik. Saya ingin menjadi setiausaha teknikal tetapi saya tidak tahu sama ada jawatan itu akan diwujudkan di Barcelona.

Iklan

"Saya ingin kembali menyumbang dengan kemampuan yang saya ada kerana saya sayangkan Barcelona dan saya mahu mereka terus bermain dengan baik, berkembang dan menjadi antara yang terbaik di dunia," katanya.

Untuk rekod, Messi menghabiskan kariernya selama dua dekad di Barcelona dengan memahat namanya sebagai penjaring selain melakukan penampilan terbanyak kelab, sebelum menyertai PSG pada musim 2021-22 selepas kelab Catalan itu bergelut dengan kewangan yang meruncing.

Iklan

Barcelona juga mengharungi kempen yang sukar sejak kehilangan Messi apabila menduduki tempat kesembilan dalam LaLiga hingga membawa kepada pemecatan pengurus, Ronald Koeman.