MPSepang tegah orang ramai ke Pantai Bagan Lalang
Iklan
SEPANG - Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi Pantai Bagan Lalang di sini berikutan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku Rabu ini.
Timbalan Yang Dipertua MPSepang, Zulnaidy Zulkifli berkata, larangan itu bagi mengelak insiden tidak diingini berikutan paras air laut dijangka pada ketinggian antara 5.2 meter hingga 5.6 meter.