BERITA » Politik

Tular pendaftaran parti baharu dengan nama Parti Bangsa Malaysia

Gambar tular mengenai pendaftaran parti baharu dengan nama Parti Bangsa Malaysia (PBM).
MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM

SHAH ALAM - Tular sebuah gambar menunjukkan sebuah parti baharu dengan nama Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah didaftarkan pada 27 Oktober lalu.

Gambar tular mengenai kelulusan pendaftaran parti baharu itu dilihat turut memiliki cop yang dipercayai daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).


Belum ada mana-mana pihak tampil mengaku sebagai pengasas atau individu yang mendaftarkan parti berkenaan.

Carian di laman web RoS juga menunjukkan tidak ada sebarang parti atau pertubuhan mendaftar atas nama tersebut.

Sebelum ini, terdapat desas desus mengenai penubuhan sebuah parti baharu yang dikatikan dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin dan Zuraida menafikan mengenai sebarang kemungkinan berkenaan dengan penubuhan parti tersebut.

Mohamed Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Naib Presiden PKR, Zuraida telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada tahun lepas.

Advertising
Advertising