Boleh perbaharui LKM di Puspakom Sabah, Sarawak mulai 1 November
Iklan
PUTRAJAYA - Urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan boleh dilakukan di 14 pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom) di Sabah dan Sarawak bermula 1 November ini, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).
MOT dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, urusan pembaharuan itu melibatkan kenderaan motokar dan motosikal persendirian kecuali kenderaan e-hailing dan kenderaan decontrolled, iaitu kenderaan barangan dengan berat 7,500 kilogram (kg) ke bawah.