'Doakan semoga urusan rawatan saya di Jerman dipermudahkan'

Iklan
Ahmad Zahid

SHAH ALAM- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah bertolak ke Jerman untuk mendapat rawatan pada Jumaat.

Beliau memohon agar orang ramai mendoakan urusan rawatannya dipermudahkan dan selamat dilakukan.

Iklan
Iklan

"Terima kasih kepada semua yang turut menghantar saya dan isteri di KLIA semalam (Jumaat).

"Doakan semoga urusan rawatan saya di Jerman akan dipermudahkan.

Iklan

"Doakan juga saya selamat menjalani rawatan dan pulang ke tanah air,” ciapnya di Twitter pada Sabtu.

Pada 11 Oktober, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan Ahmad Zahid yang menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman.

Iklan

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu memaklumkan, permohonan tersebut adalah perkara sama yang dibuat anak guamnya yang menderita sakit belakang serta leher dan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka Jerman, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.