MGB lancar rumah mampu milik Idaman BSP

Iklan
Hock San

MGB Berhad (MGB) anak syarikat LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan Idaman BSP di Bandar Saujana Putra (Idaman BSP), yang merupakan pelancaran pertama daripada keseluruhan enam projek Rumah Selangorku Idaman MBI.

MGB dalam satu kenyataan berkata, projek itu terdiri daripada 7,210 unit rumah mampu milik, yang akan menggunakan teknologi konkrit pratuang Sistem Binaan Berindustri MGB (IBS).

Iklan
Iklan

"MGB, melalui jalinan usaha sama dengan PNSB Construction Sdn. Bhd telah membentuk Konsortium PCSB-MGB dengan matlamat untuk membina rumah mampu milik Rumah Selangorku Idaman MBI di lokasi strategik yang dilengkapi kemudahan asas.

"Rumah Selangorku Idaman MBI, terdiri dari Idaman BSP (Bandar Saujana Putra), Idaman KITA (Cybersouth), Idaman Perdana (Alam Perdana), Idaman Cahaya (Shah Alam), Idaman Sari (Puchong) dan Idaman Melur (Cybersouth), merupakan kediaman bertingkat tinggi yang bermula daripada RM250,000 dengan tiga bilik dan dua bilik air berukuran minimum binaan bermula daripada 1,000 kaki persegi (92.90 meter persegi) bagi setiap unit,” jelas kenyataan itu pada Khamis.

Iklan

Menurut kenyataan itu, setiap unit tersebut juga dilengkapi dengan dua parkir kereta, tiga unit penyaman udara, satu unit televisyen dan kabinet televisyen, kabinet dapur, tiga almari, peti sejuk dan dua unit pemanas air.

Sementara itu, Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB Tan Sri Lim Hock San berkata, MGB turut merancang untuk melancarkan lima lagi projek Rumah Selangorku Idaman MBI menjelang tahun 2022.

Iklan

"MGB berbesar hati untuk melancarkan projek Idaman BSP pada suku keempat 2021 dan menyokong matlamat kerajaan negeri Selangor untuk membina 30,000 rumah mampu milik menjelang tahun 2025.

"Bertepatan dengan keadaan pandemik yang semakin pulih, ini merupakan masa yang ideal untuk melakukan pelancaran projek ini. Kami berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan projek-projek ini dan memberi tumpuan khusus ke atas kualiti, kecekapan serta menepati jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran semua pembinaan projek Rumah Selangorku Idaman MBI ini,” katanya.

Beliau berkata, MGB banyak melabur dalam sistem IBS dan menaik taraf kilang IBSnya untuk meningkatkan kapasiti kepada 6,000 unit IBS setiap tahun.

"Ini sejajar dengan matlamat kami untuk menjadi pembina perumahan terkemuka melalui sistem IBS kami. Dalam mengorak langkah ke masa hadapan, MGB bersedia untuk membina lebih banyak projek Rumah Selangorku Idaman MBI untuk memastikan pengisian tempahan rumah kami secara berterusan bagi tahun-tahun kewangan akan datang,” katanya.

Rumah Selangorku Idaman MBI adalah inisiatif yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan rumah mampu milik kepada mereka yang layak.

Di bawah inisiatif ini, warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah antara RM3,001 hingga RM10,000 sebulan dan pembeli rumah kali pertama di Selangor boleh membuat permohonan.