Dakwa ada petunjuk baharu, polis panggil bapa Nurin Jazlin
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan sudah mengambil keterangan bapa kepada Nurin Jazlin, kanak-kanak perempuan yang ditemui maut dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya dipercayai dibunuh pada 14 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, keterangan bapa kanak-kanak itu, Jazimin Abdul Jalil diambil susulan laporan polis yang dibuatnya mendakwa terdapat petunjuk baru berhubung tragedi yang menimpa anaknya itu.