Pemandu maut, treler rempuh papan tanda

Iklan
Kemalangan menyebabkan pemandu treler terbabit maut di lokasi kejadian.
KUALA LANGAT - Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas merempuh tiang papan tanda jalan di Kilometer 16.5 susur masuk Tol Saujana Putra, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, mangsa dikenali P Sutakaran maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai kerana treler dipandu mangsa ini telah hilang kawalan.

Iklan
Iklan

"Akibat itu, treler terbabit telah melanggar papan tanda jalan sebelum terbalik.

"Mangsa yang terhimpit telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan