Muktamar Pas: Medium untuk tegur pemimpin
Iklan
Sheikh Mohammad Rodi
ALOR SETAR - Muktamar Pas seharusnya menjadi medium untuk menegur kepimpinan dan kerajaan agar tidak tersasar daripada landasan sebenar.
Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Sheikh Mohammad Rodi Abdul Rahman berkata, peranan ulama sebagai penegur dan penasihat kepada kerajaan perlu diteruskan namun dengan pendekatan berbeza terutama apabila Pas sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ulama dan pemerintah perlu lebih kerap bertemu dan berbincang dalam mendapatkan solusi kepada permasalahan negara.
"Muktamar juga perlu menjadi medan untuk muhasabah. Segala kekuatan dan kelemahan dibincangkan bagi memastikan gerak kerja selama setahun dapat dinilai dan dibuat penambahbaikan agar Dewan Ulama sentiasa relevan dan kehadapan,” katanya selepas mengekalkan jawatan disandang pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Kedah ke-67 pada Rabu.
Iklan
Sheikh Mohammad Rodi berharap teguran daripada ulama diterima sebaik mungkin oleh semua peringkat kepimpinan selain berlapang dada menerima pandangan.
"Politik itu ‘bersih’ dan Dewan Ulama perlu menampakkan kebersihannya dengan terlibat sama dalam pemerintahan.
Iklan
"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Timbalan dan Naib Presiden Pas telah membuktikan bahawa ulama mampu menggalas tugas kepimpinan negara,” katanya.
Menurut beliau, ketokohan kepimpinan ulama perlu ditonjolkan selain menyifatkan ulama tetap relevan seiring dengan peredaran zaman.
Pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Kedah ke-67, Sheikh Mohammad Rodi mengekalkan jawatan disandang bagi sesi 2021-2023 manakala Hanif Ghazali sebagai Timbalan Ketua dan Mohd Nizam Mohd Nuh sebagai Naib Ketua.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>