CovidNow: 94.8 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,191,734 atau 94.8 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Selasa, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow.
Sejumlah 97.5 peratus atau 22,830,806 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.