UMNO Perak paling awal gerak kerjasama
Iklan
IPOH - UMNO Perak mengakui antara negeri terawal menggerakkan usaha ke arah penyatuan parti itu dengan Pas berikutan kegagalan membentuk kerajaan campuran di Perak selepas PRU14.
Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, kesedaran ke arah penyatuan itu timbul apabila ketika itu BN memiliki 27 ADUN dan Pas mempunyai tiga ADUN yang membolehkan mereka membentuk kerajaan bersama dengan 31 kerusi.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kegagalan membentuk kerajaan negeri secara bersama itu disebabkan bantahan keras di peringkat akar umbi Pas yang tidak mahu bekerjasama dengan UMNO walaupun ketika itu ADUN Pas telah menandatangani akuan bersumpah untuk membentuk kerajaan.
"Pada pendapat kita, selepas kegagalan pembentukan kerajaan campuran itu, kita kena memulakan dengan memberi dakwah, membetulkan persepsi yang salah di peringkat ahli bawah masing-masing.
Iklan
"UMNO ada tanggungjawab untuk turun ke bawah peringkat cawangan untuk memaklumkan kepada ahli UMNO bahawa untuk survival politik, kita perlu bergabung dengan Pas, maafkan Pas. Pemimpin Pas pun kena turun ke bawah untuk memaklumkan kepada ahli bahawa kita kena maafkan UMNO," katanya kepada Sinar Harian dalam satu temubual di pejabatnya, semalam.
Menurutnya, sebagai langkah permulaan untuk melihat penyatuan itu, di Perak melalui usaha Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, kita adakan program Melayu Bangkit di Kampung Gajah diikuti kali kedua dengan himpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Iklan
"Kedua-dua program ini hanyalah peringkat untuk menguji sejauh mana orang UMNO dan orang Pas boleh saling memaafkan antara satu sama lain dan boleh bersama-sama.
"Usaha itu memang berjaya apabila penganjuran himpunan ICERD itu, ada ahli UMNO dan ahli Pas yang naik bas sekali pergi himpunan itu. Malah saya turun di semua bahagian UMNO, tak ada masalah dan bantahan di 24 bahagian UMNO di Perak," katanya.
Dalam pada itu, Saarani berkata, susulan pertemuan pimpinan tertinggi UMNO dan Pas yang diadakan baru-baru ini, pihaknya akan mengadakan perjumpaan rasmi dengan pimpinan Pas Perak minggu hadapan.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.