94.7 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap divaksin
Iklan
KUALA LUMPUR - Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam Isnin (25 Oktober) adalah sebanyak 94.7 peratus atau seramai 22,166,633 orang.
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.5 peratus atau 22,822,013 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.