6.83 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar seluruh dunia

Iklan
Seorang pekerja perubatan menyediakan dos vaksin Covid-19 semasa 'maraton vaksinasi' di Bucharest, Romania. Foto Xinhua

LEBIH 6.83 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Selasa.

Menurut data Johns Hopkins University, China terus mendahului dengan hampir 2.25 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan, diikuti India dengan 1,03 bilion dos vaksin dan Amerika Syarikat dengan hampir 412 juta.

Iklan
Iklan

Brazil pula mencatat 269 juta dos sementara Jepun 185 juta.

Sementara itu, Turki, Jerman dan Mexico turut mencatatkan sebanyak lebih 100 juta dos vaksin didaftarkan.

Iklan

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan hampir 183 juta dos vaksin didaftar.

Ini diikuti Thailand dengan 70.5 juta, Filipina (55.7 juta), Malaysia (49.2 juta) dan Singapura (10 juta). - Awani

Iklan