BEKAS kapten pasukan bola sepak kebangsaan England, David Beckham akan menjadi Duta Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar, dalam perjanjian bernilai £150 juta (AS$206.4 juta), lapor Sputnik memetik The Sun pada Ahad.
Beckham, 46, bersetuju menjadi duta negara Asia Barat itu, dan menerima bayaran £15 juta setahun bagi tempoh sepuluh tahun berikutnya berdasarkan perjanjian itu, lapor tabloid itu.