Bapa Ahli Parlimen Cameron Highlands meninggal dunia

Iklan
Ramli Mohd Nor

IPOH - Bapa kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Sapiah Mohd Nor, meninggal dunia awal pagi Ahad.

Allahyarham Datuk Mohd Nor Abdullah, 87, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Baling, Kedah, kira-kira jam 2.30 pagi akibat komplikasi buah pinggang, diabetes, darah tinggi dan juga jantung.

Iklan
Iklan

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Gobek, Pengkalan Hulu dekat sini kira-kira jam 2 petang, Ahad.

Allahyarham Mohd Nor adalah antara 10 anggota pertama berkhidmat dalam Pasukan Gerakan Am Senoi Praaq yang ditubuh dan diperkenalkan Special Air Service (SAS) British pada tahun 1956. - Bernama

Iklan
Iklan