GRS bincang cadangan PH Sabah meterai MoU: Hajiji
Iklan
Hajiji Noor
TUARAN - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan perbincangan bersama presiden dan pengerusi parti-parti komponen dalam gabungan itu, berhubung cadangan Pakatan Harapan (PH) Sabah untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan mereka.
Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor berkata, cadangan PH Sabah itu akan diteliti terlebih dahulu dan beliau belum boleh membuat sebarang kenyataan lanjut sebelum mengadakan perbincangan bersama semua presiden dan pengerusi parti komponen GRS.
Iklan
Iklan
GRS terdiri daripada gabungan Perikatan Nasional (Bersatu, STAR, SAPP, PAS dan Gerakan), Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC, PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ada bertemu dengan beliau baru-baru ini dan telah membangkitkan berhubung cadangan berkenaan.
Iklan
"Tetapi, dalam perkara ini saya belum boleh membuat sebarang ulasan (lanjut) sehingga saya duduk berbincang dengan rakan-rakan parti dalam GRS. Kita akan meneliti cadangan ini dan kemudian akan buat satu kenyataan,” katanya kepada pemberita pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rancangan pemimpin PH Sabah untuk menandatangani MoU dengan kerajaan GRS, seperti perjanjian PH dengan Putrajaya pada September.
Iklan
Sebelum itu, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, MoU itu bertujuan menjalin kerjasama bipartisan demi mencapai kestabilan politik di Sabah.
PH Sabah difahamkan mengadakan mesyuarat berhubung pemeteraian MoU itu malam tadi, sama ada akan meneruskan rancangan berkenaan dalam keadaan semasa atau pun sebaliknya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>