Malaysia di landasan tepat ke fasa endemik: PM
Iklan
Ismail Sabri
KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan keyakinan, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk peralihan ke fasa endemik dalam masa terdekat.
Katanya, segala perjuangan yang dilalui semua pihak mula menampakkan sinarnya.
Iklan
Iklan
"Dengan semangat Keluarga Malaysia, hari ini, kita dapat melihat trend penurunan kes jangkitan Covid-19 harian sekitar 5,000 kes berbanding lebih 23,000 kes sebelum ini.
"Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK Malaysia) juga mencapai lebih 94.4 peratus populasi dewasa dan PICK Remaja merekodkan 46.3 peratus remaja, yang telah lengkap menerima dos vaksin.
Iklan
"Fasa pemberian dos penggalak juga telah dimulakan di negeri Sarawak bertuah ini. Dengan izin Allah SWT saya yakin, Malaysia berada di landasan yang tepat dalam peralihan ke fasa endemik, masa terdekat ini,” katanya sempena Pelancaran Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, di sini pada malam Sabtu.
Program itu turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Iklan
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Jumaat memaklumkan, Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja paling cepat di dunia.
Katanya, hanya dalam tempoh dua bulan, 80 peratus kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Pfizer.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>