Bajet Selangor 2022: Peruntukan sektor kesihatan dijangka kekal
Iklan
PUCHONG - Peruntukan terhadap sektor kesihatan di negeri Selangor dijangka dikekalkan dalam Bajet Selangor 2022 memandangkan negara masih ‘berperang’ dengan pandemik Covid-19.
Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, perkara itu juga sudah dibincangkan secara tidak rasmi.