KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil pendekatan memudahkan lagi Sistem Penilaian Kendiri Pengendali Pusat Jagaan (myKendiri) bagi menggalakkan lebih banyak lagi pusat jagaan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menterinya Datuk Seri Rina Harun berkata, walaupun sudah terdapat lebih 1,000 pusat jagaan sudah mendaftar dengan JKM di seluruh negara setakat ini, namun masih banyak lagi pusat jagaan lain tidak berbuat demikian dan beroperasi tanpa standard yang ditetapkan kerajaan.