Mohd Shukrie letak jawatan CEO Kumpulan MAHB
Iklan
Mohd Shukrie
SHAH ALAM - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan perletakan jawatan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, berkuat kuasa 24 Oktober ini.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata, Mohd Shukrie telah memutuskan untuk meninggalkan MAHB bagi meneroka peluang lain.
Iklan
Iklan
Mohd Shukrie mula menyertai MAHB sebagai Ketua Pegawai Operasi pada Mei 2019, sebelum dilantik ke jawatan CEO Kumpulan pada Mac tahun lalu.
"Sepanjang tempoh beliau berada dengan kami, beliau telah banyak membantu mengemudi operasi dan kewangan syarikat, terutama sewaktu pandemik ini,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Iklan
Peletakan jawatan Mohd Shukrie menyusul pelantikan bekas Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan baharu MAHB.
"Pihak Lembaga Pengarah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Mohd Shukrie atas khidmat beliau dan selamat maju jaya,” kata MAHB lagi.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>