Enam kes baharu Covid-19 di Sarawak perlukan ventilator
Iklan
KUCHING - Enam daripada 750 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan penggunaan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, selain itu terdapat empat kes melibatkan jangkitan paru-paru dan lapan kes memerlukan oksigen manakala bakinya atau 97.6 peratus tidak bergejala atau bergejala ringan.