Wakil media di Labuan terima suntikan vaksin dos penggalak
Iklan
LABUAN - Senator Datuk Bashir Alias dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli pada Jumaat mengetuai kumpulan barisan hadapan bukan kesihatan dan pengamal media menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.
Sebelum itu, suntikan yang sama juga diberikan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imuninasi Covid-19 Labuan, Rithuan Ismail di Klinik Kesihatan Membedai di sini.