Ismail Sabri ganti Ahmad Zahid sebagai Ketua Pembangkang
Iklan
KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Ketua Pembangkang baharu menggantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Lantikan itu diumumkan Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Iklan
Iklan
Selain itu, mesyuarat MT UMNO hari ini juga sebulat suara mengangkat Datuk Seri Mahadzir Khalid sebagai Ketua Whip Parlimen menggantikan Ismail Sabri.
"Hari ini MT UMNO bersidang, kita sepakat melantik Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Ketua Pembangkang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Zahid.
Iklan
"Memandangkan sebelum ini, Ismail Sabri ialah Ketua Whip Parlimen, posisi itu diisi pula oleh Datuk Seri Mahadzir,” katanya ketika sidang media di Menara Datuk Onn, hari ini.
Ditanya, adakah pengumuman baharu telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO yang sedang berehat, Ahmad Zahid, Mohamad berkata beliau sudah bincang dan telah dimaklumkan.
Iklan
"Dah bincang dengan Ahmad Zahid, reaksinya syukur Alhamdulillah.
"Kita juga telah maklumkan kepada komponen BN iaitu MCA dan MIC, termasuk juga Pas. Bahkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg. Hal ini kerana, kita membuat keputusan dalam konteks pembangkang di Parlimen,” ujarnya.
Selain itu, ketika ditanya adakah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut diberitahu tentang lantikan baharu ini, Mohamad sekadar menyatakan Najib hanya ahli biasa dan akan mengetahuinya menerusi laporan media.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>