EnterSarawak akan ditambah baik untuk kawal sempadan
Iklan
KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan menambah baik tatacara kemasukan ke Sarawak, terutama yang melibatkan laman EnterSarawak, sebagai kawalan sempadan setelah mengambil maklum cadangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).
JPBN dalam kenyataan memaklumkan, JKNS telah mencadangkan bahawa permohonan kemasukan melalui laman EnterSarawak masih diperlukan bagi bukan warganegara dan warganegara Malaysia yang bukan berasal dari Sarawak.