Covid-19: R-naught kekal 0.88, Putrajaya dan NS tertinggi

Iklan
Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan. - Foto 123RF

SHAH ALAM - Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia kekal 0.88 untuk empat hari berturut-turut.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Iklan
Iklan

Putrajaya dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.03.

Ini diikuti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Perlis, Sabah, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Iklan

Seterusnya, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Sarawak catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan merekodkan dua kes baharu Covid-19.

Iklan

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. - Awani