Ceroboh Hutan Simpan Papai lombong bijih besi
Iklan
Antara longgokan bijih besi yang ditemui di kawasan Hutan Simpan Papai dalam pemeriksaan yang diadakan pada Ahad. Foto: Ihsan JPNP
PEKAN - [DIKEMAS KINI] Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesan kegiatan melombong bijih besi secara haram dalam Kompatmen Lapan Hutan Simpan Papai pada Ahad.
Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad berkata, aktiviti itu dikesan hasil pemeriksaan dilakukan pasukan penguat kuasa yang diketuai Pengawas Hutan, Ahmad Yunus Mohd Jama.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kegiatan itu masih baharu dan dipercayai dilakukan oleh individu yang mempunyai rangkaian dengan pihak lain berdasarkan kemahiran dalam menentukan kedudukan bahan galian terbabit.
"Kita percaya kegiatan ini dilakukan sejak beberapa hari lalu kerana jengkaut yang digunakan untuk kegiatan itu telah rosak dan dalam proses membaiki pulih jentera terbabit.
Iklan
"Selain itu, kita turut menemui beberapa lubang dalam kawasan seluas 0.8 hektar dan beberapa longgok dipercayai bijih besi dan jengkaut yang digunakan untuk melakukan aktiviti itu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin
Beliau berkata, jengkaut itu telah disita dan kini ditempatkan di pusat simpanan barangan rampasan JPNP Pejabat Ladang Hutan Kemasuk, Mentakab sebelum sebarang tindakan dibuat selepas ini.
Iklan
Nor Azirim menambah, pihaknya kini dalam usaha mengesan individu yang terbabit dengan kegiatan melombong secara haram dalam Hutan Simpan Papai.
"Mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984, jika pihak kita berjaya menahan kesemua mereka," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan mempergiatkan lagi rondaan di beberapa hutan simpan di negeri ini bagi mengekang aktiviti membawa keluar hasil hutan secara haram.
"Kita berharap kerjasama daripada masyarakat dengan menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui terdapat kegiatan menceroboh hutan simpan secara haram di negeri ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>