JAS kesan kebakaran terbuka di kebun sawit terbiar
Iklan
KUALA LANGAT - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang mengesan aktiviti pembakaran terbuka di sebuah kawasan kebun sawit terbiar di Jalan Sijangkang Utama, Jalan Kebun Baru di sini pada Ahad.
JAS menerusi satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya menjalankan siasatan di kawasan tersebut setelah mendapat aduan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika menjalankan rondaan di beberapa lokasi sekitar daerah tersebut.
Menurut hantaran tersebut, siasatan mendapati lokasi aduan adalah kawasan kebun sawit terbiar yang sedang dibersihkan untuk tanaman semula sawit dan pemilik tanah akan disiasat oleh JAS Cawangan Sepang.