Tukar e-waste dengan wang tunai
Iklan
Orang ramai yang mempunyai bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di rumah boleh menukar barangan itu dengan wang tunai pada 23 Oktober nanti.
KUALA TERENGGANU - Orang ramai yang mempunyai bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di rumah boleh menukar barangan itu dengan wang tunai pada 23 Oktober nanti.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Ramli Abd Rahman berkata, penukaran e-waste mengikut harga yang ditetapkan itu akan diadakan di Taman Rekreasi Pantai Batu Buruk sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2021 Peringkat Negeri Terengganu.
Iklan
Iklan
"Program diadakan secara pandu lalu bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dan kami turut menyediakan cenderahati menarik kepada 200 penyumbang terawal," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Ramli, program pengumpulan e-waste dari isi rumah itu diadakan JAS Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri dan rakan strategik ExxonMobil dan Petronas serta KT Wan Recycle.
Iklan
Beliau berkata, ia bertujuan menggalakkan semua lapisan masyarakat di Terengganu khususnya warga Kuala Terengganu dan Kuala Nerus menguruskan buangan e-waste mengikut kaedah betul dan selamat.
"E-waste yang mengandungi logam-logam berat jika tidak diurus dengan baik berpotensi mencemarkan alam sekitar terutama air permukaan dan air tanah sekiranya ia dibuang ke tapak pelupusan sampah awam.
Iklan
"Jika barangan ini dibakar, ia akan menghasilkan bahan pencemar udara yang merbahaya kepada kesihatan dan atas faktor itu, sistem pengumpulan e-waste yang sistematik dari industri diwujudkan.
"Oleh itu, kami harap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam usaha memastikan buangan elektrik dan elektronik diuruskan dengan baik," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Air pasang besar dijangka cecah 3.6 meter, penduduk pesisir pantai waspada risiko banjir"><meta itemprop="description" content="Penduduk di beberapa kawasan pesisir pantai di Pontian mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena air pasang besar yang dijangka menyebabkan paras air meningkat hingga 3.6 meter, sekali gus menambah risiko limpahan air.
Tinjauan di sekitar Pekan Kukup bagaimanapun mendapati aktiviti harian mereka berjalan seperti biasa meskipun fenomena air pasang besar melanda kawasan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806094/edisi/johor/air-pasang-besar-dijangka-cecah-3-6-meter-penduduk-pesisir-pantai-waspada-risiko-banjir
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Airpasangbesar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T08:21:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE5hw1h1fgF1YtQtu/x1080"><meta itemprop="duration" content="P89S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzpp8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzpp8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzpp8a"></script>