Vaksinasi populasi dewasa negara capai 91.5 peratus
Iklan
KUALA LUMPUR - Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencapai 91.5 peratus atau 21,430,294 setakat 11.59 malam Sabtu, demikian menurut data Kementerian Kesihatan di portal CovidNow.
Dalam tempoh sama juga, sebanyak 95.1 peratus populasi dewasa atau 22,265,430 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.