Cuti hujung minggu

Iklan

Pengunjung dari dalam dan luar negeri bersama-sama menikmati cuti hujung minggu dengan beriadah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di Pantai Pengakalan Balak, hari ini.

Kebenaran rentas negeri dibuat selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

Iklan
Iklan

Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan rasa tanggungjawab dalam usaha mengekang penularan Covid-19.