Rumah dua tingkat nyaris musnah terbakar

Iklan
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

SABAK BERNAM - Sebuah rumah dua tingkat nyaris musnah dalam kebakaran di Jalan 6, Taman Muhibbah di sini pada pagi Sabtu.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.07 pagi dan dua buah jentera bomba dari Balai Bomba Sabak Bernam dan Sungai Besar dikerahkan ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Anggota bomba tiba di lokasi kejadian sekitar jam 10.14 pagi. Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat berukuran 12x23 meter persegi, bangunan kelas A.

"Kediaman tersebut telah terbakar 30 peratus di bahagian bawah ketika proses pemadaman sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Norazam memberitahu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Iklan