Covid-19: 7,509 kes baharu hari ini

Iklan
Sebanyak 7,509 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 7,509 kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kini 2,384,542 kes.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan daripada 7,509 kes harian yang dilaporkan pada Sabtu, 116 kes atau 1.5 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5.

"Sejumlah 7,393 kes atau 98.5 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, sebanyak 695 kes kini berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 347 pula memerlukan bantuan pernafasan.

Iklan

"Kes sembuh pula adalah 9,531 menjadikan 2,261,289 kes kumulatif atau 94.8 peratus," katanya.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak sembilan kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kluster kini 5,663.

Iklan

"Sebanyak 4,961 kluster telah ditamatkan, manakala kluster aktif pula 702," katanya.