Buktikan Chelsea layak berstatus pilihan

Iklan
Thomas Tuchel FOTO: Chelsea

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel menegaskan The Blues tidak tertekan dengan status pasukan pilihan sebaliknya mencabar pemain-pemainnya membuktikan kualiti masing-masing apabila dilabel status tersebut pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Kami mahu membuktikan bahawa Chelsea layak berstatus pasukan pilihan dalam saingan Liga Perdana Inggeris, namun pada sudut lain setiap pemain perlu mempunyai kekuatan mentaliti mengharungi cabaran bersama kelab ini.

Iklan
Iklan

"Sekiranya merupakan pasukan pilihan bermakna semuanya akan menjadi mudah, dan kami tidak akan melakukan kesilapan. Namun dengan status itu juga kami masih boleh menjangkakan berdepan pelbagai risiko dengan sebarang cabaran sengit daripada setiap lawan.

"Sekiranya anda bermain untuk Chelsea, anda bermain untuk satu matlamat iaitu menang. Jadi tidak perlu terkejut apabila Chelsea merupakan kelab berstatus pilihan. Apakah status ini mengubah jangkaan anda? saya harap tidak," kata Tuchel menjelang perlawanan liga menentang Brentford pada Sabtu.

Iklan
Iklan

The Blues yang berstatus juara Liga Juara-Juara musim lalu masih mengetuai saingan liga selepas mengharungi tujuh perlawanan awal yang berprofil tinggi.