Seorang pelajar pengsan, lima muntah
Iklan
JOHOR BAHRU - Seramai enam pelajar sedang menerima rawatan termasuk salah seorangnya pengsan setelah kawasan sekolah mereka di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dicemari tumpahan kimia merbahaya.
Kesemua mangsa berkenaan adalah melibatkan pelajar daripada dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih.
Iklan
Iklan
Timbalan Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Pegawai Bomba Lokman Hakim Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5 pagi.
Katanya, empat bersama pasukan Hazmat dibantu Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang telah bergegas ke lokasi sejurus panggilan.
Iklan
"Ia selepas terdapat bau gas dipercayai bahan kimia di sungai berdekatan SMK dan SK Taman Pasir Putih. Berdasarkan maklumat, kami percaya gas disyaki jenis methane.
"Pengosongan kawasan dilakukan melibatkan lingkungan jarak sehingga 500 meter,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.
Iklan
Lokman berkata, setakat ini kesemua mangsa menghadapi simptom muntah-muntah dan ada daripada mereka dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>