Geran Mitra: SPRM buka kertas siasatan
Iklan
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap aduan berhubung dakwaan penyelewengan dana di bawah agensi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).
SPRM dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, siasatan menyeluruh akan dibuat dengan melihat pelbagai sudut termasuk proses kelulusan dan perbelanjaan oleh persatuan, individu atau syarikat yang menerima dana terbabit.