2,600 pelajar SMK Seksyen 19 terima suntikan vaksin Covid-19
Iklan
SHAH ALAM - Hampir 2,600 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 di sini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Hashim Anang berkata, jumlah tersebut meliputi seramai 150 orang pelajar kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).