WhatsApp pertingkat enkripsi telefon pintar ke Google Drive, iCloud
Iklan
WASHINGTON - Pengguna WhatsApp yang melakukan enkripsi (penyulitan data) mesej pada telefon pintar kini dapat melindungi enkripsi berkenaan ketika menyimpan mesej di Google Drive dan iCloud, menurut Facebook pada Khamis.
"Mulai hari ini, kami menyediakan lapisan keselamatan tambahan dan pilihan untuk melindungi storan sokongan yang disimpan di Google Drive atau iCloud dengan enkripsi end-to-end," lapor Sputnik, memetik kenyataan Facebook.