Proses pemulihan bekalan air capai tahap 50.6 peratus
Iklan
SHAH ALAM - Proses pemulihan agihan bekalan air di 998 kawasan yang terjejas susulan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan aset utama Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) telah mencapai tahap 50.6 peratus sehingga jam 9 pagi pada Jumaat.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di laman Facebook bagaimanapun berkata, status pemulihan bekalan air di kawasan Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih belum menunjukkan sebarang perubahan setakat ini.