UMNO tunggu keputusan SPR
Iklan
Ahmad ditemui pemberita selepas mesyuarat bulanan MKT UMNO pada Khamis.
KUALA LUMPUR -"Tunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurutnya, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada malam ini membincangkan berkenaan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun katanya, keputusan tersebut tertakluk kepada SPR.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, setiap jentera di semua peringkat perlu bersedia bagi menghadapi PRN.
Iklan
"Mula-mula ini cuma kita minta supaya semua jentera di semua peringkat membuat persiapan yang rapi.
"Mengenai agihan kerusi dan sebagainya itu tidak diputuskan pada malam ini,” katanya kepada media selepas mesyuarat bulanan MKT UMNO pada Khamis.
Iklan
Dalam pada itu, Ahmad berkata, MKT juga mengesahkan pengguguran keahlian UMNO terhadap Datuk Seri Utama Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang sebelum itu ahli di Bahagian Tangga Batu, Melaka.
Beliau turut memaklumkan persidangan UMNO cawangan akan diadakan di 191 bahagian bermula 15 Oktober 2021 hingga 30 November 2021.
"Adalah diharapkan mesyuarat cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri dapat berjalan lancar dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujarnya.
Selain itu, beliau berkata, MKT turut menyokong keputusan kerajaan berhubung penubuhan jawatankuasa khas siasatan kes kematian anggota bomba Allayarham Muhammad Adib Mohd Kasim, semakan semula kes Batu Puteh dan dakwaan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>