KUALA LUMPUR - Malaysia kini mencatat 90.9 peratus populasi dewasa atau 21,290,960 individu lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal CovidNow, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,230,828 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.