Kino Biotech sasar sumbang RM100,000

Iklan
Jennifer (lima dari kiri) menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Kee Hong (lima dari kanan) dalam satu majlis pada yang diadakan pada September lalu.

KINO Biotech (M) Sdn Bhd (Kino Biotech) menyasarkan untuk menyumbangkan RM100,000 kepada Tzu Chi Foundation Malaysia untuk membantu keluarga yang memerlukan dan menyokong Dana Solidarity Covid-19 yang dilancarkan oleh yayasan itu pada Mei lalu.

Kino Biotech dalam satu kenyataan berkata, sumbangan dana tersebut bertujuan untuk membantu hospital tempatan dalam menyediakan peralatan perubatan seperti ventilator, katil, pelitup muka dan sebagainya.

Iklan
Iklan

"Penyerahan cek berjumlah RM50,000 telah diberikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech Malaysia, Jennifer Chin kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tzu Foundation Malaysia, Sio Kee Hong.

"Jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada sasaran RM100,000 sebelum ini,” jelas kenyataan itu.

Iklan

Sementara itu, Jennifer berkata, untuk mencapai jumlah RM50,000 lagi, Kino Biotech Malaysia akan memperolehinya menerusi pelancaran eksklusif dan jualan Kinohimitsu A+VitaC1000 di Astro GoShop bermula Oktober hingga Disember 2021 dan dijangka akan diberikan kepada Tzu Chi pada Januari 2022.

"Sejak tahun lalu, kebanyakan orang ramai menghadapi situasi yang sukar antaranya kehilangan tempat tinggal dan masalah kesihatan. Malah, kebanyakan pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan ia merupakan keperluan di setiap hospital.

Iklan

"Kino Biotech memainkan peranannya untuk mendapatkan dana bagi menyediakan bantuan keperluan hospital dan membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

"Dana ini diperolehi menerusi jualan Kinohimitsu A+VitaC1000 di Astro GoShop. Setiap jualan produk tersebut yang berharga RM10.13 akan disumbangkan kepada dana Tzu Chi,” katanya.

Sebelum ini, Kino Biotech Malaysia telah berkolaboratif dengan Institut Jantung Negara (IJN) pada tahun 2016 untuk menyumbangkan dana sebanyak RM100,000 kepada Yayasan IJN untuk membantu pesakit yang memerlukan bantuan rawatan perubatan.